viral

loading...

Monday, November 24, 2014

Dewi Laksmi

Dewi Laksmi Saktinya Dewa Wisnu

Sakti Wisnu
Dewi Laksmi, Saktinya Dewa Wisnu
Dalam agama Hindu, Dewi Laksmi adalah dewi kekayaan, kesuburan, kemakmuran, keberuntungan, kecantikan, keadilan, dan kebijaksanaan. Dalam kitab-kitab Purana, Dewi Laksmi adalah Ibu dari alam semesta, sakti dari Dewa Wisnu. Dewi Laksmi memiliki ikatan yang sangat erat dengan Dewa Wisnu. Dalam beberapa inkarnasi Wisnu (Awatara) Dewi Laksmi ikut serta menjelma sebagai Sita (ketika Wisnu menjelma sebagai Rama), Rukmini (ketika Wisnu menjelma sebagai Kresna), dan Alamelu (ketika Wisnu menjelma sebagai Wenkateswara). Dewi Laksmi disebut juga Dewi Uang. Ia juga disebut "Widya", yang berarti pengetahuan, karena Beliau juga Dewi pengetahuan keagamaan. Ia juga dihubungkan dengan setiap kebahagiaan yang terjadi di antara keluarga dan sahabat, perkawinan, anak-anak, kekayaan, dan kesehatan yang menjadikannya Dewi yang sangat terkenal di kalangan umat Hindu.


Lakshmi atau Mahalakshmi adalah dewi kekayaan untuk agama Hindu. Gambaran Lakshmi (atau Shri) juga dijumpai di monumen-monumen agama Jain dan Buddha, selain daripada di kuil-kuil Hindu. Lakshmi adalah permaisuri dewa Vishnu dan mengahwini salah satu penjelmaan semula Vishnu, iaitu Rama (di mana dia menjelma semula sebagai Sita) dan dengan Krishna sebagai Rukmini dan Radha. Legenda Kemunculan dewi Lakshmi berkaitan dengan sebuah cerita zaman silam. Durvasa, seorang pendeta yang panas darah pernah pada suatu ketika mempersembahkan kepada Indra, raja segala dewa, sekalung bunga yang tidak akan layu. Indra memberi kalungan bunga itu kepada gajahnya Airavata. Pendeta Darvasa dapati yang gajah Indra telah memijak kalungan bunganya dan menyumpah Indra kerana tidak menunjukkan hormat kepadanya. Pendeta itu menyumpah Indra dan dewa-dewa yang lain yang mereka akan kehilangan segala kuasa mereka kerana menjadi bongkak kerananya. Disebabkan sumpahan itu, dewa-dewa itu diusir dari syurga. Dewa-dewa ini cuba mendapat pertolongan dari dewa Brahma yang menyuruh mereka menggodak lautan susu, Ksheersagar untuk mendapatkan nektar kehidupan abadi. Dewa-dewa ini kemudian pergi ke dewa Vishnu untuk mendapat bantuannya. Vishnu menggunakan pertolongan Kurma si Kura-Kura, Manthara Parvata (gunung) sebagai alat penggodak, dan Vasuki sebagai tali penggodak untuk membantu mereka melakukan tugas itu. Dari lautan susu yang bergodak itu timbul dewi Lakshmi yang kemudian memilih Vishnu sebagai suaminya. Disebabkan ini, Lakshmi juga digelar "Anak Perempuan Lautan". Bersama Lakshmi juga timbul bulan yang merupakan saudara Laskhmi dan dewi malapetaka Alakshmi, kakaknya. Menurut kitab Vishnu Purana, Lakshmi adalah anak perempuan Bhrigu dan Khyaati dan duduk di Swarga tetapi disebabkan sumpahan pendeta Durvasa, dia meninggalkan Swarga dan tinggal di Ksheersagar, lautan susu itu.

No comments:

Post a Comment